IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

Assalammualaykum wbt
Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Assalammualaikum akhwati, saja sy mulakan tulisan kali ini dengan lirik lirik dr lagu raihan.
Bait-bait lagu di atas sering saya ulang lebih-lebih lagi yg dihighlightedkan tatkla ujian datang menimpa.Sama ada kecil atau tidak ujian yang datang sentiasa memerlukan ketabahan untuk kita hadapinya.Senyuman mampu memberi semangat bukan shj pada kita tetapi pada yang melihat.
Lantas kalimah-kalimah ALLAH yang di baca dalam kalamNYA membawa makna tersendiri apabila kita benar benar meletakkan pergantungan kita terhadapa sesuatu yan terjadi kepada kita sama ada baik atau tidak,sama ada manis atau pahit.
Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar dari kesempitannya dan memberinya rezeki tanpa diduga-duga.” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Nasa’i).
Dalam salah satu ayat-Nya, Allah SWT berfirman, ”Maka aku (Nabi Nuh) katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, membanyakkan harta dan anak-anak, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai’.” (QS 71: 10-12).
Kdangkala saya terfikir,apakah sekiranya kita memperoleh apa yang kita hajati akan menjadikan kita bersyukur?Adakah dengan kita mendapat apa yang kita inginkan akan menjadikan kita lebih dekat kepadaNYA.Sekiranya kita menyusuri sejarah,lebih ramai yg kufur tatkala mendapat apa yag diimpikan;kisah Qarun seumpamanya.Walaupun tidak dinafikan Nabi Sulaiman tetap sujud dan patuh padaNYA di atas limpahan kurniaaNYA.Bagaimana Nabi Ayub begitu hebat bersabar di atas sakit yang menimpa ke atasnya.Dibandingkan mereka dengan kita,apakah kita mampu tegar melafazkan kesyukuran atas nikmat-nikmat yang telah diberikan ALLAH atas kita.Adakah kita telah istiqamah dalam mellafazkan kesyukuran di bibir dan di hati atas nikmat yg begitu byk kita terima sepanjang saat daam kehidupan?Lantas layakkah apabila sesuatu yg diharpan tidak menjadi kita rase”down”.Kita rasa gagal?
Namun bila difikirkan,mungkin belum tiba masanya kita mendapat apa yang dihajati bukan sebab ALLAH lupa pada kita,bukan sebab ALLAH cuba mendown kan kita, dan bukanlah juga masa untuk kita mengatakan .”Mengapa Aku?
Hakikatnya saya rasa bersyukur atas ujian atau mehnah yang datang.Kalian tahu kenapa?
Sebab itu tanda ALLAH masih menyayangi saya
ALLAH ingin mendengar saya terus mengharap pada DIA
ALLAH ingin sy terus bermunajat dengan penuh keinsafan
ALLAH ingin sy terus mendekatkan diri kepadaNYA
Dan saya beruntung kerana ALLAH mengizinkan sy untuk semakin hamper pada NYA.
Buat akhwat-akhawatlu, sy tahu setiap kita punya masalah atau ujian tersendiri,sama ada kerja,study,dakwah atau apa-apa sahaja.,Kadangkala apabila bercerita tampak tidak menyelesaikan masalah,malah hati kita memberontak mengatakan bukan penyelesaian itu yang kita mahu apabila ada yang menolong memberi pandangan.Namun,akhwati tidakla sepatutnya mendiamkan diri sendiri,kita punya rakan serpejuangan yang merasa sakitnya seperti kita apabila kita berasa sedih.Kekuatan kita bergantung kepada smenagat kita.Cubit paha kanan,paha kiri terasa jua.Perjuangan jalan dakwah ini panjang,maka kekuatan yg tinggi juga amat penting,keazaman yg terus membara memerlukan sokongan.Sokongan lahir dr thiqah sesame rakan sefikrah.Thiqah boleh hadir dr perkongsian masalah juga.. in sya ALLAH.Masalah atau ujianjuga akan menyebabkan kita lebih kreatif menempuh kehidupan atas jalanNYA,bukan begitu?
Buat akhwati yg disayangi;Ujian hadir bermacam bentuk dan cara kerana ALLAH sangat-sangat menyayangi kita.ALLAH ingin kita membuktikan bahwa kita benar-benar faham Kalimah tauhidNYA.Maka bersyukurla atas apa yang berlaku.Tiada yang lebih baik melainkan apa yang berlaku.
Teruskan bedoa,memohon penyelesaian dariNYA..In sya ALLAH..kebergantungan yg tinggi kepadaNYA akan ALLAH ganti dengan nilai yang hebat.Mudah-mudahan.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (2:186)
Hakikatnya kita tidak tahu apa yang DIA tahu.
Kita mempunyai cita-cita tetapi ALLAH mempunyai cintaNYA kepada kita.
Jadi semoga tabah selalu dan ceria selalu.Keceriaan memangkin hidup positif dan lebih kreatif…;)
Wsalam.
BY:ME @ KERTEH
Assalammualaykum wbt..
Jzk buat teman-teman yang mendoakan saya.Semoga ALLAH memberkati kalian.Saya telah melalui fasa baru dalam kehidupan.Semoga fasa ini akan melancarkan lagi usaha -usaha kita membina manusia.Pembinaan rumahtangga ini menyandarkan harapan semata-mata dilakukan keranaNYA.Dan moga-moga saya dan zauj akan terus thabat di jalan ini,di jalan yang menjadi pilihan kami membina baitul muslim.Saya tidak berniat untuk menulis panjang kerana perjalanan ini baru bermula.Apapun saya mengharap sokongan zauj tercinta dan sahabat seperjuangan untuk meneruskan kefahaman kita.Moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang berlumba-lumba untuk beramal.
Buat ukhti Safura dan psangan,ukht Suria dan psangan dan Ukht Ainul huda serta pasangan..semoga kita terus melangkah keranaNYA selepas sama-sama (tarikh dekat-dekat) menempuh fasa baru dalam kehidupan.. Tidak lupa juga buat bakal-bakal akhwat yang akan menyusul..esok..atau luse..tulat atau masa hadapan...;) especially yg oklennnie..bile lagi?
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"
Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
Ketika entry ini hendak dipublish saya telah 3 minggu melangkah ke tangga kedua.. Bermacam mehnah telah ditempuh setakat ini..yang tidak pernah terfikir atau terjangka oleh sy,yg jika berseorangan mungkin sy tidak mampu menempuhnya.Tapi ALLAH Maha Mengetahui,maka diujinya sy sewaktu telah punya zauj,maka kami diuji di waktu ini.Sy amat berterima kasih kepada zauj tercinta yang tidak putus-putus menyokong dan cuba memahami ,menenangkan dan meyelesaikan ujian yg bertimpa-timpa.
Harapan saya ..dengan menaiki tangga ini,kami akan :
1)Lebih ingat mengingati antara satu sama lain untuk lebih pantas melangkah di jalan pilihan kami,
2)Dihindari dr melalaikan dan dilalaikan di antara satu sama lain.
3)Merancang dan bertindak ke atas sesuatu semata-mata keranaNYA...
Kita telah memilih jalan ini untuk melangkah dalam kehidupan kita dan kerana jalan ini juga sy telah memilih kamu dan begitu pula sy harap sebaliknya.
Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNYA.If ALLAH brings you to it,ALLAH will brings you through it..Waallahualam