|
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL Assalamualaykum wbt buat semua;Apa khabar?Semoga kalian berada dalam limpah dan rahmatNYA..sentiasa berusaha menambahkan amal..Hampir setahun lamanya saya tidak mengupdate blog..Hendak dikata sibuk..tidakla sesibuk mana...Mungkin masih berusaha untuk settle down. Buat sahabat yg sama-sama menongkah arus di medan ini,semoga ALLAH mengurniakan kita kekuatan untuk terus thabat di jalan ini.Jalan yg penuh ujian untuk menapis kita sepanjang masa dalam usaha mendapat syurga. Sy amat suka pada gambar di atas..Gambar tersebut mempunyai nilai-nilai tersendiri di hati sy.Ia diambil di saat-saat akhir sy menghabiskan masa di tanah kiwi.Masih terasa kesejukan angin pada masa itu.Gamabr diambil semasa kami berehlah di atas bukit.Sy merenung jauh memohon harapan agar ALLAH memberi yg terbaik dalam kehidupan ini..Alhamdulilah selepas beberapa kita dr tarikh gambar diambil,sy tidak merasakan satu pun situasi yg berlaku yg mengecewakan sy.Alhamdulillah. Di tanah kiwi,sekarang adalah "graduation week".Tahun lepas di saat graduation week,sy sedang sibuk dengan tugasan kerja disebabkan baru sahaja mendapat kerja,dan masa berlalu sgt pantas di mana datang semula musim "graduation week" untuk 2008.Tahniah buat ukht Sumayyah yg dah ber"grad" tapi masih meneruskan perjuangan untuk mendapatkan honours.Tahniah juga pada yang lain.Pada yang masih meneruskan perjuangan,teruskan dengan semangat dan iltizam,in sya ALLAH,apa yg berlaku adalah untuk kebaikan kita bersama. Di kesempatan ini,buat julung kalinya dengan tarikh yg baru sy menulis, sy ingin mengajak sahabat sekalian merenungi ayat dari surah Ali Imran "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [133-134] Ayat ini adalah satu ayat yg sgt significant pd sy kerana ia menceritakan tentang ganjaran untuk org bertakwa..siapa orang yg bertakwa ..dinyatakan juga org yg menahan amarahnya..menarikkan..sy rasa hakikatnya semua org pasti akan rasa marah..itu normal manusia tapi org yg bertakwa mampu mengawal kemarahannya..Agaknya bagaimana orang yg bertakwa mampu menahan kemarahannya..sy yakin jawapannya hanya satu..berbalik pada hubungan dia dengan yg Esa. Tidak dinafikan dengan tambunan kerja yg mempunyai "dateline" tersendiri dan memerlukan berhubung dengan prg lain..ditambahkan dengan tugasan2 lain,ia menguji kesabaran kita kan..lantas jika ada yang tidak kene kita terus bertindak seperti memberontak (masing-masing ada cara tersendiri memberontakkan?)..Namun,jika difikir-fikirkan emosi tidak terkawal sekadar berpunca dr kegagalan untuk mendekatkan diri pada ALLAH. ALLAH telah berfirman dalam 13:28 bahawa sekiranya kita mengingati ALLAH hati akan tenang.Bg saya hati yg tenang tidak akan melampiaskan kemarahan kepada org lain,seterusnya mengutuk org lahir (Sy harus bermuhasabah panjang tetang keadaan ini..Sejauh mana telah sy praktikkan..ujian sedikit pun sudah teruji sifat sabarnya..herm..). Bertitik dari situ,permasalah sy kaji mengapa agaknya permasalah-permasalahan lain timbul..by sy akhirnya. ayat dr surah muzammil telah menjawab segalanya..dalam surah tersebut diceritakan tentang bangun malam?Bangun malam atau Qiyam merupakan satu cara efektif untuk mendekat diri kepada ALLAH seterusnya in sya ALLAH memberi ketenangan dan lantas melahirkan org yg bertakwa dan mampu menjadi orang-orang yg mengawal kemarahan.. Saya tinggalkan cerita saya dengan persoalan untuk dijawab oleh diri sy sendiri dalam mengahrungi kehidupan ini..Berapa byk kali kita bgn malam menghadap ALLAH semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH? Hujung kata..JOM PERGI QIYAM dengan sy malamni.. Wsalam |
| Leave a Comment: |